RSS

Ucapan Penghargaan

Kamu diminta menyampaikan ucapan sempena meraikan kejayaan kamu. Sediakan ucapan tersebut.
Yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Relau, Yang dihormati barisan Penolong Kanan, guru-guru seterusnya para rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengadakan majlis ini yang bertujuan untuk meraikan kejayaan saya.
Tuan-tuan para hadirin sekalian,
Seperti yang tuan puan sedia maklum, saya telah berjaya muncul sebagai johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri baru-baru ini. Sebenarnya saya amat terharu dengan pencapaian ini kerana pada mulanya, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan meraih kemenangan dalam pertandingan ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Sebenarnya kejayaan saya pada hari ini adalah berkat doa kalian.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya yang berkaliber iaitu Cikgu Ahmad bin Abidin. Tanpa beliau, saya tidak akan mengecap kejayaan sebegini. Cikgu Ahmad juga tidak pernah jemu membimbing dan melatih saya. Beliau saya anggap seperti bapa saya sendiri dan kerana ketekunannya semangat saya semakin berkobar dari hari ke hari.
Di sini, saya ingin menceritakan sedikit tentang perjalanan saya sehingga berjaya mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan. Pada mulanya, saya amat gementar apabila ditawarkan untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Peringkat PKG. Tetapi setelah mendapat kemenangan, saya telah mewakili PKG di Peringkat Daerah Kulim dengan berbekalkan sedikit semangat dan pengalaman. Akhirnya saya berjaya meraih kemenangan di peringkat negeri pula. Saya hampir-hampir kalah di peringkat negeri memandangkan ramai peserta lain yang hebat-hebat. Tetapi berkat doa, sokongan dan semangat yang diberi, akhirnya saya berjaya.
Tuan-tuan para hadirin sekali,
Akhir kata, saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam ucapan saya sebentar tadi. Saya amat berharap agar sekolah kita terus mencapai kejayaan dalam setiap pertandingan yang kita ceburi. Saya juga sedia menghulurkan bantuan dan pengalaman sekiranya rakan-rakan ingin menyertai pertandingan seumpama ini. Kepada pihak sekolah, terutama Tuan Guru Besar, saya amat berbesar hati kerana sudi mengadakan majlis yang sungguh meriah ini semata-mata untuk meraikan kejayaan saya. Sekian, terima kasih.

4 comments: