RSS

KATA KERJA


LATIHAN 7 : KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.         Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A  menghulurkan                    C  meletakkan
B  melontarkan                        D  melabuhkan

2.         Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A  mencapai                            C  menggarap
B  menduduki                         D  merangkul



3.         Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
A  terjumpa                             C  berjumpa
B  dijumpai                             D  menjumpai

4.         Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A  menumbangkan                  C  menewaskan
B  menundukkan                     D  menumpaskan

5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A  penghapusan                      C  penerokaan
B  pembersihan                       D  pembasmian

6.Pak Cik Amit  ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A  mengikis                             C  meraut
B  menarah                              D  mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7.         A  Ali suka membaca buku.
            B  Dia pancing ikan di sungai.
            C  Ahmad tendang bola itu.
            D  Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

8.         A  Adik saya suka menangis.
            B  Air sungai itu mengalir deras.
            C  Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.
            D  Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .

9.         A  Pak Mat sedang membelah kayu.
            B  Ruzila sedang memasak kuih.
            C  Noraini sedang makan buah rambutan.
            D  Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

10.       A  Jangan melompat.
            B  Dia lompat jauh.
            C  Dia senyum kepada saya.
            D  Ani bersalam dengan saya.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A  mengepit                            C  menjamah
B  mengonggong                     D  memakan



12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A  ditipu                                  C  ditegur
B  disapa                                 D  dikunjungi

13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A  mencabut                            C  memotong
B  mencukur                            D  menggunting

14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A  melancong                          C  menziarahi
B  mendatangi                         D  menemui

15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate  ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A  meraut                                C  memasuk
B  menjolok                             D  mencucuk

16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A  menyanyikan                      C  mengalunkan
B  mempamerkan                    D  mendendangkan

17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A  diangkat                             C  dipegang
B  disambut                             D  dijulang

18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A  menyudu                            C  menyodok
B  meminum                            D  mencedok

19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A  tergelincir                             C terbabas
B  tersangkut                           D tersangkut

20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A  menenun                             C menyirat
B  menganyam                        D menyulam

No comments:

Post a Comment