JAWAPAN :
1 B
2 B
3 A
4 B
5 A
6 B
7 D
8 B
9 A
10C
BAHASA MELAYU TAHUN 5 BESTARI
Semakan Latihan 4 April 2012
PERIBAHASA DAN MAKSUD:
1. patah tumbuh hilang berganti
setiap yang hilang atau mati ada penggantinya
2. alah bisa tegal biasa
sesuatu perkara itu jika selalu dibuat tidak akan terasa susahnya
3. memikul biawak hidup
menanggung beban yang menyusahkan
4. alang-alang mandi biarlah baasah
alang-alang membuat sesuatu pekerjaan, biarlah sehingga siap
5. pisang takkan berbuah dua kali
manusia perlu beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik tidak akan berlaku lagi
6. hangat-hangat tahi ayam
membuat sesuatu pekerjaan sambil lewa
7. alang-alang menyeluk pekasam
alang-alang membuat sesuatu, biarlah sampai mendapat kejayaan
8. kain sehelai sepinggang
pakaian yang ada di badan
9. sudah jatuh ditimpa tangga
malapetaka atau kemalangan yang datang bertimpa-timpa
10. retak menanti belah
* dua pihak yang berselisih faham, jika berlaku sedikit perselisihan mereka pun bergaduh
* orang yang sakit menanti mati
11. berkerat rotak berpatah arang
* putus hubungan
* berpisah atau membawa haluan masing-masing
12. yang sejengkal tidak boleh menjadi sehasta
nasib tidak dapat diubah
13. lembu punya susu, sapi dapat nama
orang lain yang bersusah payah, orang lain yang mendapat nama
14. ringan tulang berat perut
rajin bekerja banyak mendapat rezeki
15. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
kerja yang susah akan menjadi senang jika bekerjasama
16. nasi sudah menjadi bubur
perbuatan yang sudah terlanjur tidak dapat dibaiki lagi
17. segan bertanya sesat jalan
tidak suka bertanya tentu tidak mendapat maklumat
18. zaman beralih musim bertukar
membuat sesuatu itu mestilah bersesuaian dengan keadaan semasa
19. indah khabar daripada rupa
berita daripada sesuatu perkara dilebih-lebihkan
20. sekali air bah, sekali pantai berubah
suasana berubah apabila keadaan berubah
No comments:
Post a Comment