RSS

AYAT CONTOH BHGN A (12 APR 2012)

1. Seorang lelaki berpakaian badut sedang menjual belon-belon pelbagai bentuk kepada para pengunjung berhampiran pintu masuk Zoo Taiping.

2. Para pengunjung Zoo Taiping sedang beratur untuk membeli tiket sebelum masuk ke dalam zoo.

3. Para pengunjung sangat terpesona melihat telatah seekor gajah yang membuat pertunjukan di dalam zoo.

4. Haiwan-haiwan liar seperti zebra, zirafah, gajah dan sebagainya ditempatkan di dalam kandang yang disediakan oleh pihak zoo.

5. Adik sempat bergambar bersama-sama seekor orang utan yang jinak sambil memegang sebiji buah pisang manakala ayah memagang sebuah kamera untuk mengambil gambar adik.

No comments:

Post a Comment